Hmm...sedap! Rasa lembut & gebu apabila dikunyah pasti membangkitkan selera. Ditambah dengan rasa lemak-lemak mayonis & kepedasan sos cili. Pasti terangkat! Pilihan utama bagi mereka yang tidak mahu menjamah nasi. Mengenyangkan!
Memandangkan saya tiada pizza mould bulat, tetapi lidah ni terasa seperti mahu menjamah pizza, maka loyang empat segi pun jadilah! Lagipun, apa guna ilmu kalau tidak dipraktikkan, kan? Semestinya resepi pizza Chef Azizul menjadi pilihan!
Kek Tiramisu ini dibuat khas bersempena hari ulang tahun kelahiran ibu tercinta. Mewah dengan rasa cream cheese yang semestinya membuatkan penggemar cheese kecur liur! Dihiasi pula dengan coklat Ferrero Rocher & love letters.